CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 14, 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti ku ucapkan kepada semua rakan-rakanku yang telah memulakan percutian mereka. Isilah masa cuti kalian dengan benda yang berfaedah.

Aku? Masih lagi berada di Bumi Kenyalang yang telah banyak mengajar aku erti hidup sebagai seorang insan. Menghabiskan masa lapang sementara menunggu untuk menjalani kursus induksi. 

Terasa hidup begitu sunyi kerna semua kawan-kawan telah pulang ke daerah masing-masing. Tak pernah ku rasakan hidup ini sebegini sunyi! Sunyi yang teramat dalam hidupku.. Kesunyian inilah yang membuatkan aku menjadi semakin sedih! Untuk keluar bersiar-siar aku sudah tidak bersemangat disebabkan sudah tiada rakan-rakan yang yang sekepala ditambah pula dengan kenderaan yang susah untuk aku perolehi. Mana tidaknya, selama 3 sem aku hanya bergantung pada satu kenderaan sahaja....

Hari ini, 14 Mei 2011, Sabtu.. Selamat berangkat pulang kepada kawan-kawanku terutamanya Hidayah, Ani dan Milah. Tak lupa juga kepada teman aku yang pulang semalam. Diharap telah selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui. Dan jika masih berkesempatan dapat kita bertemu lagi di masa yang akan datang..
Thanks Dayah kerna meluangkan masa kepada ku hampir dua jam semata-mata ingin mendengar masalah aku.

Peneman aku yang paling setia pada saat ini adalah air mata dan diari peribadiku. Tak dapat kubayangkan sekiranya hidup ku ini tanpa diari. Kosong!!!. 
Hujan yang lebat petang semalam seakan-akan air mata aku yang sering bercucuran pada saat ini. Air mata yang menghantar teman aku pulang ke kampung halaman beliau.........kerana aku tidak mampu untuk menghantar beliau lebih daripada itu. Terima kasih kerana boleh menjadi teman aku walaupun hubungan kita selama ini lebih kepada hubungan tanpa status........

Menghabiskan hari-hari yang berlalu dengan 1001 perasaan......

No comments:

Post a Comment