Bermula semalam, aku sudah tidak mahu menangis lagi..
Aku yang memilih jalan ini, jadi aku perlu teruskannya juga..
Aku yang memilih jalan ini, jadi aku perlu teruskannya juga..
Sudah beberapa hari aku tidak bersemangat.Tiada selera untuk menjamah makanan..Bermenung seorang diri.. Baru sekarang aku betul memahami apa itu erti kesunyian.. Kesunyian yang amat memberi kesan kepada diriku.
Di saat keseorangan terkenangkan keluarga di rumah. Apa khabar mereka di sana? Sihatkah mereka? Sudah makankah mereka? Apa yang sedang dilakukan mereka saat ini?
Aku juga terkenangkan kawan-kawanku yang selalu berada di sampingku dikala susah dan senang. Mesti mereka sedang bergembira dengan orang tersayang. Sesungguhnya banyak kenangan kita bersama. Ada suka, dan tak kurang juga duka. Kalian semua terlalu mengambil berat terhadapku. Terima kasih semua..
Tak usahlah kalian semua risau mengenaiku kerna aku sudah kembali pulih. Cuma kadang-kadang aku menangis juga. Menangis untuk menenangkan diri. Aku semakin bersemangat meneruskan hidup aku yang lebih kurang 2 minggu sahaja lagi di bumi ini sebelum pulang ke kampung halaman. Sesungguhnya hatiku kini begitu sarat menanggung rindu terhadap keluargaku yang berada nun jauh di utara...
Berharap kita semua dapat berjumpa lagi pada semester akan datang. Berkumpul seperti sebuah keluarga besar..
Sayang kalian semua.......


No comments:
Post a Comment