Bulan..
Ianya diciptakan oleh Maha Pencipta untuk menerangi kita dikala malam menjelma..
Kehadirannya begitu bermakna bagi insan-insan yang menghargainya..
Walau dimana kita berada sama ada di utara, selatan, timur mahupun barat kita tetap memandang bulan yang sama.
Manusia selalu mengibaratkan kecantikan seseorang seakan bulan purnama.. Namun jika dilihat secara halus, bulan tetap bulan. Cantik tetap cantik dan hodoh tetap hodoh!
Begitu juga dalam kehidupan kita sebagai insan di muka bumi ini. Apabila kita menyayangi seseorang itu, segala keburukan dia kita sanggup terima. Kita memejamkan mata kita yang celik ini. Namun berlainan pula jika kita tidak menyukai seseorang itu. Walau apa kebaikannya yang dilakukan kepada kita, kita tidak akan nampak semua itu kerana mata kita telah menjadi buta.
Jika merindukan seseorang, pandanglah bulan kerna kita tetap akan memandang bulan yang sama. Walaupun kita berada di tanah yang berbeza.. Anggaplah kita sama-sama memandang bulan tersebut pada masa yang sama............
Terima kasih sang bulan..
Ikhlas daripada aku,
Yang sedang merenung keindahan bulan.......



No comments:
Post a Comment