Setelah dua hari berada di Cempaka.. Selepas pendaftaftaran terus menuju ke bilik yang ditempatkan. Ground floor blok lelaki yang paling depan. Melangkah masuk ke bilik.. Hidung aku pantas menangkap bau Kolej Cempaka.
Ya.. Bau inilah setahun yang lepas. Agaknya memang kolej ini berbau begini kot? Bukan aku mengatakan Cempaka berbau pelik tapi bau Cempaka ini mengingatkan aku pada MAP tahun lepas. Di kolej ini aku ditempatkan. Ditempatkan bersama-sama kawan-kawan baru. Aku yang tercampak keseorangan pada masa itu..
Namun begitu, pada masa itu aku gembira. Gembira dengan orang sekeliling. Gembira dengan kawan-kawan yang jauh dan dekat..
Sekarang? Kegembiraan itu masih ada namun sedikit berkurang. Berkurang kerana bayak yang telah terjadi pada aku dalam masa setahun ini.
Dari rumah menuju ke bilik aktiviti. Terpandangkan parking kereta Cempaka. Dulu aku selalu datang ke sini. Sama ada menghantar tuan kereta, mengambil tuan kereta atau mengambil kunci kereta. Sama ada datang dengan bas atau dijemput..
Itu semua merupakan kenangan dalam hidup aku. Kenangan yang sukar dilupakan. Apakah ianya akan berulang kembali? Kun fayakun.. Kalau Allah mengatakan jadi, maka jadilah ia dan sebaliknya.
Apa yang ada sekarang tidak akan kekal selamanya. Apa yang kita rancang tak semestinya akan menjadi seperti yang direncanakan. Yang tak berlaku sekarang mungkin akan berlaku pada masa depan. Itu semua adalah rahsia yang Maha Esa.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Di mana kita sekarang? Adakah lagi 10 tahun kita masih berdiri di tempat yang sama lagi? Apa yang kita sedang lakukan? Apa status kita? Adakah kita telah berjaya? Semakin matangkah kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan?
Aku yang berharap tidak akan ada yang berubah pada semester hadapan. Aku yang hanya mengharap dan berdoa.. Setiap orang akan mengalami perubahan dalam hidupnya. Begitu juga dengan aku.
Aku berharap tidak akan terpisah atau berpisah dengan semua kawan-kawan aku yang aku sayangi..
Semalam telah berlalu
Esok bakal menjelma
Hari ini adalah penentu segalanya..
No comments:
Post a Comment