CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Pelangi Petang

Drama "Cinderella" lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun. Drama melayu yang paling aku minati sewaktu dibangku sekolah. Kadang-kadang aku terbayangkan sekiranya hidup aku seperti seorang "Cinderella". Bahagiakah aku? Deritakah aku? Derita pada awal dan bahagia pada akhirnya.. Itulah yang dinamakan perjalanan hidup sebagai seorang insan.

Aku juga mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia dalam hidup aku. Tapi jika kehidupan kita terlalu bahagia tanpa ada derita, kehidupan itu tidak ada warnanya. Ianya hanya satu warna sahaja. Tiada corak, tiada tone, tiada naik turunnya. Kehidupan itu tentulah sangat membosankan!

Itulah sebabnya Allah memberikan kita kegembiraan dan kesedihan. Kegembiraan dan kesedihan merupakan pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Jika kita terlalu gembira kita akan sedih. Jika kita terlalu sedih pula Allah akan hadiahkan kegembiraan buat kita selepas itu.

Keseorangan menonton drama "Cinderella". Jam menunjukkan ke angka 6.10 PM. Dengan tiba-tiba bumi Unimas ini ditimpa hujan. Hujan panas. Tidak terlalu lebat dan tidak terlalu renyai. Aku melihat hujan tersebut dari kaca tingkap bilikku. 

Kebiasaannya selepas hujan panas, pelangi akan muncul. Aku menanti pelangi tersebut. Menanti dengan penuh harapan sebagaimana aku menanti sesuatu selama ini..........................................................
Namun pelangi yang ku nantikan itu tidak jua muncul-muncul.. Seperti mana apa yang aku nanti-nantikan itu tidak muncul... Mungkin ada hikmah mengapa Allah tidak memberikan pelangi yang aku harapkan itu. Mungkin juga Allah tidak memberikan aku petang ini tetapi dia ingin memberikan kepada aku esok hari? Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap umatnya.......

Hadapilah sesuatu dengan sabar. Walaupun kita tidak dapat apa yang kita harapkan sekarang, mungkin kita akan memperolehinya esok atau kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan sekarang tetapi kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang kita harapkan itu.
Aku juga sedang menanti sesuatu yang belum pasti lagi untuk aku! Menanti dengan penuh sabar dan berdoa setiap kali usai solatku. Berharap agar doa aku yang satu itu dimakbulkan Allah SWT. Aku sanggup menunggu walaupun aku terpaksa menunggunya dengan lama..
Insyaallah.......

No comments:

Post a Comment