CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

"jawa"

Jawa....

Apa maksud jawa yang sebenarnya? Orang selalu mengatakan bahawa 'jawa' adalah suatu kaum yang berasal dari negara jiran. Kaum jawa.. Mereka ini sinonim dengan panggilan wak, makanan seperti tempe, bakso.. Di Malaysia, orang jawa ramai yang tinggal di Johor.. Kenapa? Mungkin Johor berhampiran dengan kepulauan mereka. Barangkali...

Jawa..
Apa yang aku nak share di sini adalah apabila kita memanggil atau dipanggil oleh seseorang dengan kata ganti nama 'jawa'..

Aku sendiri sehingga ke saat ini kurang pasti maksudnya yang sebenar. Tapi apa yang aku pasti adalah aku suka apabila dipanggil 'jawa' oleh seseorang. 

"Kenapa jawa?"
"Cuba time cakap tu pandang muka orang, jawa"
"Sakitlah jawa"
"Yer jawa.. Ada apa? Nak apa?"



Hanya seorang sahaja yang memanggil aku dengan panggilan tersebut.......
Mungkin hanya impian aku untuk mendengar dia memanggil aku sebegitu semula..

Berharap agar aku dapat mendengar "dia" memanggil aku dengan panggilan "jawa" semula.......
 

No comments:

Post a Comment