Setiap apa yang kita lalui pasti akan berakhir.. Sama ada pengakhiran yang gembira mahupun sedih.. Semua kita mengharapkan untuk mengakhiri sesuatu itu secara gembira. Tiada siapa yang mahukan pengakhiran sedih..
Namun, kita hanyalah manusia biasa. Kita mampu merancang sesuatu tapi kita tak bisa menentukan segalanya. Allah Maha Besar. Dialah yang menentukan segalanya. Setiap apa yang dirancangkan kepada kita pasti bersebab. Sebab yang tersirat..................................................
Semester 4 telah berakhir. Ramai di antara rakan-rakan aku yang telah pulang ke kampung halaman. Yang tinggal hanyalah beberapa orang sahaja kerana mempunyai urusan yang perlu diuruskan. Termasuklah diriku...
Seharian menghabiskan masa di Bandar Raya Kuching bersama teman-teman. Bersuka ria sebelum pulang ke kampung..
Setiap apa yang berlaku punyai makna yang tersendiri kepadaku.
Semester 4?
Terlalu banyak pahit manis yang berlaku sepanjang semester ini.... Sehingga aku tak mampu untuk lupakannya..
Terima kasih kepada insan-insan yang telah mewarnakan hidup aku dalam semester ini.......................................
Aku pernah cuba melupakannya tapi aku tidak mampu....
Hanya kawan-kawan yang mengenal kawan-kawan. Maafkan aku wahai sahabatku kerna lebih mempercayai orang yang baru aku kenal daripada mempercayaimu yang aku kenal hampir dua tahun... Sesungguhnya aku bertuah kerana punyai sahabat sepertimu yang mengenal siapakah aku. Walau apa pun tohmahan yang orang lemparkan kepadaku, kau tetap mempercayai ku.... Dan yang paling penting kau tetap menerima aku seadanya sebagai seorang sahabatmu...
Suka menonton filem Ali Setan. Walaupun sudah 25 tahun usia filem itu, namun aku rasakan ianya seakan-akan dekat dengan kehidupan aku sebagai seorang pelajar..
Suka menonton filem Ali Setan. Walaupun sudah 25 tahun usia filem itu, namun aku rasakan ianya seakan-akan dekat dengan kehidupan aku sebagai seorang pelajar..
Dalam kehidupan ini, yang terindah melalui usia remaja..
Senda gurau suka duka sering berganti meninggalkan kesan abadi..
Berdebar-debar hatinya kali pertama bertentang mata..
Inilah pengalaman harus ditempuhi tiap insan..
Kenakalan atau kesungguhan sukar mencari perbedaan..
Betapa kau cuba melindungi jelas di wajah rahsia hati............ Tak lupa juga kepada mini cooper aku selama tiga sem ini..
Berharap kita akan berjumpa lagi selepas ini.....
No comments:
Post a Comment