Assamualaikum buat muslimin dan muslimat yang sudi membaca blog aku ini..
Selamat pagi kepada yang bukan muslim..
Semalam terasa tidak sabar hendak pulang ke tempat asal aku, tempat dimana aku dilahirkan, tempat aku mula mengenal dunia.. Berada di airport, melihat ragam pelbagai orang yang akan menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang suka, tidak kurang juga yang berduka..
Dalam kita menjalani hidup kita sebagai seorang hamba Allah, pelbagai ujian yang perlu kita tempuhi untuk lebih memantangkan kita. Di tempat kita sendiri pula, kita perlu pandai membawa diri. Supaya boleh ke kanan, kiri, depan, belakang mahupun berada di tengah-tengah.
Perjalanan hidup setiap insan tidak akan sama. Ada yang bernasib baik dan ada yang kurang bernasib baik. Janganlah kita hendak berlagak mampu sekiranya kita tidak mampu! Sedarlah wahai teman kita berada di tahap mana.. Bukan niat untuk mengata tapi sekadar peringatan untuk kita semua..
Apabila kita berada di bawah kita memerlukan pertolongan sesiapa yang berada di atas. Mujurlah sekiranya masih ada insan yang sudi menolong kita..
Buat insan yang selalu gali lubang untuk menutup lubang yang telah dibuat.. Buatkanlah sifat tersebut kerna ianya tidak akan menguntungkan anda. Malah mungkin akan membuatkan orang lebih jijik lagi terhadap diri anda! Lebih teruk lagi, anda memburuk-burukkan sesama teman. Teman yang sudi menolong anda, anda burukkan mereka lagi. Melaga-lagakan kawan-kawan yang banyak menolong anda! Bertaubatlah......
Semasa perjalanan pulang dari airport semalam. Berbicara dengan temanku untuk melepaskan geram yang sekian lama terbuku.. Terkeluarlah satu pepatah
"Biarkan diri ditipu seandainya itu dapat membahagiakan dia"
Asalnya pepatah ini hanyalah sebagai gurauan tapi jika difikirkan kembali ianya boleh memberikan 1001 makna. Biarkan diri kita ditipu walhal kita sudah mengetahui hakikat yang sebenar seandainya itu dapat membahagiakan dia kerana dia menganggap kita mempercayai apa yang diperkatakan dia....
Bertaubatlah..
Insaflah wahai teman..
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBUKU YANG TERSAYANG..
PUAN ZAINAB BINTI ASAARI..
ANAK-ANAK MU BEGITU MENYAYANGI DIRIMU YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KAMI SEMUA......
No comments:
Post a Comment