CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 4, 2011

Temuduga LO Kaunseling


Selamat pagi buat semua hamba Allah di muka bumi ini. Di keheningan pagi yang syahdu ini, aku di temani oleh kicauan makhluk ciptaan-Nya. Aku bersyukur kerna masih diberi kesempatan untuk menghadapi hari ini.

     Sedang teman sebilikku menikmati masa rehatnya tidak bagi diriku ini. Aku terlalu sibuk minggu ini. Sibuk dalam mengejar duniawi.

     Hari ini, 4 April 2010 aku akan menghadiri sesi temuduga untuk sukarelawan kaunseling peringkat bumi kenyalang. 

     Adakah aku akan lepas untuk interview kali ini? Aku berharap sangat untuk berjaya kali ini. Kerana apa? Mungkin kerana LO ini berkait rapat dengan kursus yang aku belajar.kaunseling.

     Baju sudah siap, menunggu masa untuk menyarungkannya di tubuh sahaja..

     Berharap dapat melakukan yang terbaik untuk pagi nanti. 

     Harap juga benda-benda yang tak diingini dapat dihindarkan. Maklumlah aku ini sejak kebelakangan ini memang tak cukup tidur. Bawah mata pun da boleh nampak eyebeg. 


     WISH ME LUCK!!!!!!!


No comments:

Post a Comment