CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 8, 2011

Semakin Hari Semakin Ke Penghujung

Pepatah ada mengatakan "semakin bertambah umur kita maka semakin kita menghampiri ke penghujungnya". 
Ini adalah benar. Contoh paling dekat adalah setiap kali kita menyambut ulang tahun kelahiran kita. Kita mengadakan majlis sambutan, dihadiri rakan-rakan. Tapi yang kita seringkali terlupa adalah kita semakin menghampiri ke penghujung kehidupan. 

Hingga saat ini, 3 bulan 8 hari telah berlalu untuk tahun 2011. Apa perkara yang bermanfaat yang telah aku lakukan bagi jangka masa ini? Selama aku hidup hampir 22 tahun ini apakah yang telah aku berikan kepada kedua ibu bapa ku??

Untuk sem ini pula,, apa yang telah aku lakukan? Untuk diri aku? Untuk mak ayah aku? Untuk keluarga aku? Untuk kawan2 aku?

Berkawan dengan seorang kawan seikhlas hati aku. Sanggup menolong dia. Tapi aku yang aku dapat sebagai balasan? Tiada apa! Rubbish!! Sungguh aku rasa betul2 tertipu setelah berkawan dengan orang seperti itu! Beri susu tapi di balas tuba! Apa yang aku boleh katakan adalah aku ikhlas terhadap apa yang pernah aku berikan kepada kau. Sekurang-kurangnya kau ingatlah bahawa kita pernah berkawan baik suatu ketika dahulu walaupun persahabatan kita bukan betul-betul ikhlas!

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".. Pesanan daripada pensyarah aku. Itulah prinsip yang mesti dipegang oleh seorang pekerja sosial. Tapi secara peribadinya ditambah pula dengan pengalaman-pengalaman aku, membuatkan aku tidak sepenuhnya memegang prinsip ini. Mungkin dalam pekerjaan adalah ya tetapi tidak dalam kehidupan peribadi!



Tetaplah dalam membuat sesuatu keputusan.
Jangan hari ini kata A, esoknya kata B dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah C!
Sekali sekala disebabkan confius mungkin boleh diterima tetapi kalau tiap-tiap kali membuat keputusan dan keputusannya selalu berubah-ubah akhirnya akan membuatkan orang susah untuk mempercayai diri kita lagi!!!

No comments:

Post a Comment