CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 20, 2011

Dugaan Mengajar Kita Lebih Berfikir

Dalam masa dua minggu yang penuh dengan dugaan
Dugaan yang begitu mencabar diriku yang sungguh kerdil ini

1st sewaktu aku dan kawan-kawan berada di Kampung Gedong. Bersempena program anak angkat.Tentatif program adalah selama 3 hari. Baju yang dibawa adalah untuk tiga hari.Tetapi sewaktu malam pertama kami diminta untuk mengemaskan barang-barang. Terpaksa pulang kerna esok menteri pengajian tinggi akan datang. Pihak AJK mungkin tak nak clash sebab time tu kan tengah kempen untuk pilihan raya di bumi kenyalang ini.. Dengan perasaan sedih berkemaslah kami untuk pulang ke UNIMAS. Terima kepada family angkat aku, Cikgu Junaidi sekeluarga. Apa yang membuatkan aku lebih terharu adalah adik angkat aku mesej aku menyuruh supaya aku datang lagi ke rumahnya.
Buat adik akak, Aqilah Shazwani Insyaallah kakak akan ke sana juga satu hari nanti...

Seterusnya adalah sewaktu konsert Hijjaz. Bila da nama pun konsert mestilah maksudnya kerja secara kumpulan. Aku selaku AJK transport menguruskan kerja aku. Yang menyebabkab aku jadi marah adalah ada orang yang tak reti buat kerja. Nak jadi AJK sebab nak dapat tiket free. Lepas tu siap tengok orang lain cover kerja mereka2 tersebut. Mereka2 tersebut hanya tau bergambar sahaja.
Lagi satu, pakaian melambangkan diri kita dan perlu kena dengan sesuatu majlis. Jika nak masuk masjid tudung la di kepala awak tu dan jika nak masuk disko pakailah skirt singkat dengan tiub sahaja..

Lepas tamat konsert aku dengan perasaan yang bercampur baur: seronok sebab aku mampu lakukan kerja aku sebaik mungkin, geram kepada orang yang tak tahu buat kerja, letih dan sebagainya..
Balik terus tidur. Esoknya sewaktu sedang mengemas bilik, aku teringatkan sesuatu..
PAYUNG aku!!!!!!
Terus aku mandi dan bergegas ke dewan. Dalam hati aku berdoa semoga payung aku tersebut masih ada lagi. Mungkin di takdirkan jodoh aku dengan payung tersebut hanya 2 sem sahaja kot.
Ikhlaskan apa yang terjadi..

Ini cerita hari Ahad pula..
Pukul 2 petang aku sampai bilik, baru aku perasan mesej daripada rakan aku. Discussion pukul 4 di CAIS. Sempat jugak aku tidur kejap. Di CAIS aku dengan Shu saja. Yang lagi 2 orang ada kerja.
Balik CAIS aku pergi Desa Ilmu. Konnnya untuk buat assignment yang x siap petang tu. Drop kenanga kejap nk amek pendrive. Kawan2 aku cakap aku da mereng sebab pakai tshirt social work yang aku x pernah pakai walaupun da setahun lebuh aku beli.
Itu kisah di Kenanga. Di Desa Ilmu pun macam tu jugak. Semua pelik sebab aku pakai tshirt tu..
Agaknya sebab selama ni aku jarang pakai baju besar2 kot.. Tu yang nampak pelik tu..

Malam tu baru nak start assignment time cucuk pendrive tetiba laptop aku problem lak. Terus hilang mood nak buat assignment. Kesian Shu buat sorang2 dia. Thanks Shu...

Esoknya hantar laptop aku ke lab. Format lain. Terbang la RM30 aku. Da la sekarang ni aku tengah bajet..



Tetapi apa yang aku dapat lepas dugaan2 semua ni?
Lecturer aku nak belanja semua yang buat survey dia hari tu.. ALHAMDULILLAH...
Rezeki namanya tu..


Tapi yang aku kesal sangat ada kawan aku yang tak nak pergi 1 kereta dengan aku. Alasannya aku yang drive. Suka hati ko la.. Aku da malas nak amek kisah dengan perangai ko yang terlalu mengada-ngada tu...




Aku yang Mengharap......................

No comments:

Post a Comment