Selepas pulang daripada perasmian Majlis 1 Malaysia@Unimas sebelum memulakan untuk menyiapkan tugasan kaunseling aku, sempat aku terbang melayari Facebook. 1 status oleh seorang teman aku sewaktu di SMJ, “Nasib atau Takdir”
Apa yang menariknya terhadap status ini?
Bagi aku sendiri status ini adalah biasa. Tapi apa yang menjadikan ianya luar biasa adalah apabila kita memikir mengenainya di dalam kehidupan kita.
Apa perbezaan di antara nasib dan takdir?
Nasib boleh diubah manakala takdir tidak boleh diubah.
Kita boleh mengubah nasib diri kita daripada kurang baik kepada lebih baik. Itu semua bergantung kepada diri kita untuk menjadikan ianya sebagai suatu reality.
Tetapi bagaimana pula dengan takdir hidup kita?
Itu sememangnya di luar kuasa kita. Takdir setiap orang adalah berbeda. Jika takdir setiap orang adalah sama, ini bermakna tiada warna-warni dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba-Nya..
Kita tiada hak untuk menyalahkan setiap sesuatu perkara yang telah ditakdirkan untuk kita..
p/s : Adakah memang ditakdirkan yang aku tidak berpeluang untuk bersama-sama rakan-rakanku untuk bercuti di Pulau Pangkor pada saat ini??
No comments:
Post a Comment