Dalam kita meniti kehidupan kita sehari-harian apa yang mempengaruhi hidup kita? Tentulah orang yang paling hampir dengan diri kita. Siapa? Sudah tentulah orang yang selalu berada di samping kita.
Keluarga adalah orang yang paling hampir dan paling memahami diriku. Tetapi aku sedang berjauhan dengan keluarga tersayang aku. Kiranya sekarang orang yang paling hampir dengan diriku sekarang adalah rakan-rakan yang sama2 berjuang untuk menuntut ilmu denganku. Teman2 sekelas, teman2 di Desa Ilmu dan teman2 sekolej. Mereka adalah orang yang paling hampir dengan diri aku sekarang ini.
Teman2 di kelas sejak aku di semester 1 lagi. Ada yang aku rapat dan ada yang aku tidak rapat.
Teman2 di Desa Ilmu adalah teman2 yang paling aku rapat sejak aku tinggal di Unimas ini. Aku ada Dayah, Farah dan Shu di sana. Mereka sudi menerima kunjungan aku walaupun hampir lewat malam sebelum aku pulang ke kolej. Walaupun ada yang kurang senang dengan kedatangan aku di rumah kalian. Terima kasih buat sahabat2 aku yang masih sudi untuk bersahabat dengan aku lagi.
Teman2 di kolej. Secara jujurnya aku tidak mempunyai teman yang paling rapat dengan aku di kolej. Teman2 rapat aku semuanya berada di Desa Ilmu dan Kenanga. Tetapi orang yang aku berkawan di kolej ini adalah Fathilah dan Kema. Entah bagaimana aku boleh rapat dengan kalian berdua. Terima kasih kerana boleh menjadi kawan aku. Tapi secara jujurnya kalian berdua tidak memahami aku sepenuhnya. Mungkin disebabkan aku hanya ada kalian berdua sahaja di kolej ini kerana yang rapat dengan aku semuanya berada di Desa Ilmu dan Kenanga. Maaf kiranya aku hanya berkawan dengan kalian berdua disebabkan aku tidak mempunyai kawan2 lain di Seroja ini. Tapi aku menghargai setiap saat kita bertiga.
Buat teman yang paling rapat dengan aku sejak semester 1 adalah Diyanah Ulut. Tak pernah aku lupa kali pertama kita bertegur sapa di BS23. Tak sangka selepas itu kita terus menjadi sahabat baik sehingga saat ini. Hanya kau seorang sahaja yang memahami aku di sini. Mungkin disebabkan kita sekelas dan kita sama2 belajar konsep menolong orang, menghormati hak orang dan cara2 untuk menjaga hati orang.
Tak lupa juga kepada Kak Jat. Norma tau ayah ada pesan suruh tengok2kan Norma sepanjang kita berada di sini. Rahsia kita di sini adalah di sini saja. Rahsia di sini tak boleh orang2 di Kedah tau.. huhu..
Dan buat seorang lagi yang mengetahui rahsia hidup aku sepanjang aku berada di Un imas ini…….
Orang harap tolonglah simpan rahsia orang yang satu tu. Walau apa pun yang bakal terjadi antara kita. The past is past!! Perjalanan hidup kita adalah ke depan. Kita hanya boleh menoleh ke belakang untuk mengambil pengajarannya sahaja.
Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya.
No comments:
Post a Comment