CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 20, 2011

Erti Sebuah Persahabatan

Bagi aku nilai sebuah persahabatan terlalu tinggi nilainya. Aku sayang persahabatan antara aku dan teman-teman aku tak kiralah di bumi Sarawak ini atau di Semenanjung. Aku sayang semua kawan2 yang aku ada. kawan2 adalah insan kedua selepas keluargaku.

Tiada yang lebih penting dalam sebuah persahabatan selain kejujuran. Kejujuran dalam bersahabat! Tiada istilah mengambil kesempatan!

Sungguh aku kesal pabila ada yang bersahabat dengan aku kerana kepentingan tertentu! Subbahanallah..

Aku tak pernah mengambil kesempatan terhadap diri kau. Mungkin kita bukan bersahabat tetapi sekadar berteman atau berkawan. Tetapi selama detik tersebut aku menghargai apa yang kita lalui bersama.

Bukan niat untuk mengungkit tetapi sekadar untuk meluahkan apa yang tersirat di lubuk hati kecilku.
Aku tidak pernah terlintas untuk mengambil kesempatan ke atas kau, berniat sebegitu apatah lagi. Aku ada dikala kau kesusahan, dikala kau memerlukan teman untuk berbicara, dikala teman2 kau yang lain sibuk dengan urusan duniawi, aku ikut kata2 kau, ikut ke mana kau nk pergi.

Itu semuanya dulu! Sekarang? Aku da penat! Da penat melayan kerenah kau yang tak ubah macam2 budak2. Kau tak pernah nak memahami diriku. Aku yang keletihan kau paksa aku ikut kemahuan kau. Kau tak pernah meletakkan diri kau di tempat aku! Bila aku tak turuti kemahuan kau, kau lepaskan semuanya dalam FB. Biar semua orang tahu hal ini?? 

Apa erti sebuah persahabatan dalam hidup kau? Tak tergamak aku untuk menggadaikan sebuah persahabatan demi kepentingan diri ku sendiri!!

Mungkin ini adalah balasan untuk aku di atas dosa2 yang pernah aku buat selama ini! Aku sedar siapa diriku ini. Hidup dengan noda dan dosa. Tapi itu adalah aku, seorang insan kerdil di bumi ciptaan Allah Yang Maha Besar ini..

Satu saja yang aku nak kau tahu.. Aku ikhlas selama aku berkawan dengan kau. Aku tak marahkan kau tapi aku sedikit kesal. Kesal dengan apa yang da berlaku. Kita sama2 ada kesilapan masing2. Andai kata semua kesalahan itu berpunca daripada aku, ikhlas diriku yang hina ini memohon kemaafan daripada kau dan semua salah silap kau terhadap aku sudah aku maafkan..





Ikhlas daripada aku insan hina yang pernah menjadi kawan kau..
Norma Shaari @ Cik Hijau

No comments:

Post a Comment