Berada di Halaman Samarahan untuk menyambutnya dengan umat Islam yang lain. Setiap yang yang kita lakulan mesti ada cabarannya. Hujan dengan tidak disangka2 turun dengan lebat, tp tidak mematahkan semangat kami untuk berarak..
Sekadar berkongsi pengalaman..
Lawatan aku ke Rumah Kanak2 Sri Aman begitu meninggalkan kesan yang begitu mendalam..
Melihat kanak2 yang seusia adik aku.. mereka hidup di dunia ini sebatang kara, tidak kenal siapa ibu bapa mereka. Apa salah kanak2 kecil tersebut sehingga dibuang oleh keluarga sendiri? Mereka semua dahagakan kasih kasang daripada ibu, ayah, ahli keluarga.. tapi kenapa ibu bapa tega membuang anak kandung sendiri?
Kesempatan memeluk seorang kanak2 OKU begitu meninggalkan kesan kepada diriku. Dia memelukku dengan erat seolah2 tidak mahu melepaskan aku pergi. Adik2 aku sendiri pun tidak pernah memeluk aku seperti itu. Itulah yang dikatakan mereka dahagakan kasih sayang daripada ahli keluarga.
Kami diberitahu oleh pengetua, Kebanyakkan kanak2 di rumah tersebut adalah dibuang keluarga dan mangsa penderaan. Dapat aku lihat parut2 penderaan di tangan dan badan mereka. Terdapat seorang OKU yang kini beusia 15 tahun (kalau tak silap kerna sewaktu dijumpai tidak ada surat beranak) dijumpai di parking kereta wisma Saberkas. Tidak dapat aku bayangkan!!
Aku bersyukur kerna aku masih mempunyai keluarga yang menyayangi diriku ini. Walaupun aku sering menyusahkan kedua ibu bapaku namun mereka tetap menyayangi aku seperti aku baru lahir. TIdak sedikit pun menyubah kansih sayang mereka terhadap aku dan adik2ku..
Tidak dapat aku bayangkan jikalau aku yang berada di tempat kanak2 tersebut. Akan berasa cemburu apabila melihat orang lain bersama2 ahli keluarga.
Seorang teman aku pernah berkata, "walau macammana pun mak ayah kita, kita tetap kena terima mereka selagi mereka masih ada." Aku masih ingat lagi kata2 tersebut.
AKu bersyukur dengan keluarga yang aku ada. Keluarga aku adalah harta yang paling bernilai yang aku ada di dunia ini!!!!
TERIMA KASIH MAK, AYAH ATAS APA YANG MAK AYAH DA BAGI SELAMA HAMPIR 22 TAHUN ANAK MU INI MENJENGUK DUNIA....
No comments:
Post a Comment