CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 6, 2011

Sahabat

Sahabat..
Ada apa pada seorang sahabat?
Pahit?
Manis?

Setiap orang pasti mempunyai sahabat..
Ada sahabat baik dan ada juga sahabat yang tak baik (ada ke istilah sahabat tak baik?)
Aku punyai sahabat..
Kita boleh mendapat sahabat dimana sahaja asalkan kita pandai membawa diri kita..
Masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembing..
SAmbil menunggu bus, semasa beratur membayar barang, semasa kita malu terjatuh longkang, semasa di dalam kenderaan untuk menuju ke sesuatu destinasi, semasa majlis tahlil.. 
Itu antara situasi untuk kita mencari sahabat..

Apa yang aku nak cerita di sini adalah apa yang di panggil nilai persahabatan..
Bagi aku nilai persahabatan adalah terlalu tinggi..
Aku sayang semua sahabat2 aku, yang sentiasa memberi sokongan kepada ku dikala aku kesusahan..

TApi aku kecewa apabila sahabat baik aku sendiri tidak hadir kepadaku di saat aku memerlukan dia..
Di saat aku memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah..
Di mana dia di kala itu?
Bersenang-senang dengan teman2 barunya di rumah mereka..
Siapalah aku di mata dia..


Bukan niat hati untuk mengungkit..
Semua orang tahu aku dengan dia pernah rapat suatu ketika dulu..
Menjaga dia sewaktu di sakit..
Membela dia sewaktu orang lain menyisihkan dia
Tapi apa yang aku dapat di atas segala pengorbanan aku selama ini??

Kawan tikan kawan?
Mungkinlah kot..

Apa yang aku dapat adalah seseorang itu mungkin sahabat kita sewaktu kita berada di atas dan mungkin akan menjadi orang yang paling tidak kita kenali sewaktu kita berada di bawah!


Istilah sahabat lebih tinggi nilainya berbanding istilah kawan. Mungkin "sahabat" tersebut tidak layak untuk diberikan istilah sahabat tetapi cukuplah diberikan istilah teman sewaktu dalam kesenangan sahaja kepadanya. Sahabat yang betul2 sahabat akan berada di sisi sahabatnya tidak kiralah sewaktu susah atau senang!

No comments:

Post a Comment