CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 19, 2011

Cacamarba

Cacamarba... atau cacamerba?
Mana2 aje la.. janji bunyi dia btul..
Rasanya semua orang da tau kot maksud perkataan ni.. Camna nak cakap maksud perkataan ni? Tapi rasanya semua orang tau la. "Buat kerja cacamarba"

First time aku dengar perkataan ni, sewaktu aku berada dalam tingkatan empat. Kawan2 lelaki aku punya nama kumpulan untuk futsal sempena hari anugerah dan hari kokurikulum. Aku suka perkataan ni. Tak tau kenapa.. Tapi bestkan sebutnya,, cacamarba.. Sesuai la dengan kawan2 aku tu punya perangai yang memang cacamarba pun. 

Apa yang aku nak cerita kat sini?

Aku rasa hati/perasaan aku seminggu dua ni pun cacamarba la.. Susah untuk diterangkan. Pelbagai masalah yang timbul, lagi2 yang berkaitan dengan tugasan kumpulan. Assignment tu aku tak kisah tapi ahli2 kumpulan tu la yang membuatkan aku kisah.. Susah bila buat kerja dengan orang yang susah nk terima idea orang. Semua nak guna idea dia sampai kan duit untuk 2 bijik bateri pun nak claim! Apa kejadah namamya tu?? Patut la orang semua cakap macam tu..

LAgi masalah? Money!!!! Nak idop ni perlukan duit. Ada duit semua dapat, semua jadi. Tu pabila kita berbicara sekiranya ada duit. Tapi kalau sikda duit pulak? Melangut aje la jawapnya...

Next.... Gigi.. Hah?? Gigi pun jadi masalah jugak? Gigi geraham aku berlubang. Kadang2 ok tp kadang sakit. Time sakit tu apa pun tak boleh nak buat, tido pun tak boleh. Ayah aku suruh g tampal tapi aku takut. Sakit! Sampaikan adik aku cakap, bacul, penakut! Tapi memang dari dulu lagi aku tak suka g jumpa dentist. Tak tau apa sebab.

Ada lagi yang menyebabkan aku jadi cacamarba ni. Tapi sesetengah benda tak boleh nak cerita kat umum kan. kena jugak simpan sebagai rahsia ataupun juz cerita kepada orang yang boleh diharapkan saja. 

Kesan daripada kecacamarbaan ni:
  • Aku makin serabut fikiran..bilik aku pun turut berserabut
  • Baju semakin bertimbun (aku rasa beli bakul besar ni semakin banyak baju yang bertimbun, salah aku atau salah bakul yang besar tu??)
  • Assignment semakin berlambak sebab tak da mood nak buat walhal due date da makin dekat
  • Kawan baik aku x datang2 lagi ni.. Da seminggu dia lewat.. Cepat la datang......................................

Harap bangun esok pagi semua masalah ini akan hilang. Mulakan hari aku dengan azam untuk lebih maju daripada hari2 sebelum ini..
Harap jugak cepat2 la period.......

No comments:

Post a Comment