CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 18, 2012

Langit Tidak Selalunya Cerah


Hidup ini diibaratkan seperti roda. Ada kala kita di bawah, ada kala kita di atas. Namun, kadang-kadang kita berada di tengah-tengah. Pabila kita berada di bawah kita akan mendongak ke atas, berfikir bilakah kita akan berada di atas. Di atas atau dalam erti kata lain kita sudah berjaya. 

Apa yang kita ada hari ini tidak akan menjamin hari esok. Sekarang kita seorang doktor pakar, peguam, penulis, menteri. Semua orang memperkatakan mengenai kehebatan kita. Akan tetapi kita tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada esok hari walhal untuk seminit yang akan menjelma sekejap lagi. Bayangkan kita sedang memandu kereta kesayangan kita untuk berjumpa rakan. Dalam masa setengah jam mengikut perancangan kita akan tiba ke destinasi. Itu apa yang kita rancangkan. Yang kita tidak rancang? Kemalangan? Tayar kereta pecah? Dirompak semasa dalam perjalanan? Rakan menelefon dan memberitahu bahawa dia ada hal dan tidak dapat berjumpa pada hari ini?

Memetik kata-kata Puan Remi di Mental Health Association, kita tidak tahu masa hadapan. Entah-entah kita pun mungkin akan menjadi seperti mereka. Mereka yang dimaksudkan di sini adalah bekas-bekas pesakit mental yang mendiami Banglo Lada. Sungguh sedih apabila mengenangkan mereka. Ramai orang yang memandang rendah pada kemampuan mereka,mendiskriminasi mereka, menganggap mereka tidak mampu berdikari. Pada hakikatnya mereka mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mereka juga mempunyai keinginan sama seperti kita. Bersosial, mendapat kasih sayang keluarga, bekerja tanpa diskriminasi gaji...

Ibu bapa yang tidak dapat menerima anak-anak yang sakit mental, anak-anak yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu bapa mereka sakit mental. Ke mana hilangnya nilai perikemanusiaan mereka? Tega mereka membuang darah daging mereka? Tanpa ibu bapa dari mana datangnya kita? Anak-anak yang merupakan zuriat kita dibiarkan begitu? Mereka tidak pernah meminta untuk menerima nasib sebegitu.
Ada di antara mereka merupakan golongan profesional seperti jurutera, wartawan, pelajar IPT dan sebagainya. Tekanan yang menyebabkan mereka menjadi begitu. 

Andaikata aku menerima nasib sebegitu? Apa yang boleh dibanggakan dengan diriku? Seorang pelajar yang masih belum tamat pengajian? Bukan aku meminta tetapi hanya memikirkan... Banyak yang bermain difikiranku... Kita tidak boleh lari daripada berfikir...


Berharap aku dapat membantu selagi aku terdaya...

No comments:

Post a Comment