Perasaan atau kata dasarnya iaitu rasa merupakan suatu anugerah kepada semua makhluk ciptaan-Nya. perasaan dibahagikan kepada pelbagai. Ada gembira, sedih, marah, kecewa, suka, takut, gementar dan pelbagai lagi perasaan yang mampu kita rasa, bergantung pada sesuatu senario. Kita sebagai makhluk yang diciptakan-Nya haruslah bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa pelbagai jenis perasaan ini.
Bukan hanya manusia sahaja yang mempunyai perasaan. Hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan juga punyai perasaan. Mereka dapat merasa sedih apabila diseksa dan gembira apabila dijaga sebaik-baiknya. Penderaan haiwan, penebangan pokok dan sebagainya... Bayangkan kita berada di tempat itu...
Buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Kita memberi kucing di tepi jalan yang kelaparan makan, menaburkan beras kepada ayam-ayam, memberi rumput kepada lembu, memberikan baja kepada tumbuhan... Setiap apa yang ikhlas kita lakukan mereka akan mendoakan kesejahteraan kita. Kerana apa? Kerana mereka juga punyai perasaan iaitu perasaan bersyukur.
Bayangkan kita tidak dilahirkan sebagai manusia tetapi dilahirkan sebagai seekor kucing yang tidak bertuan. Tidak mempunyai akal untuk berfikir.. Meminta-meminta untuk mendapatkan makanan, di sepak oleh orang ramai, di maki, berpenyakit sehinggakan ada yang geli untuk melihat dan sebagainya. Apakah perasaan kita seandainya kita dilahirkan sebegitu keadaan?
Hobi! Sesetengah orang mempunyai hobi memelihara haiwan sebagai teman. Haiwan seperti kucing, arnab, hamster, sugar glider sering menjadi pilihan. Mungkin kerana ianya comel dan senang untuk diuruskan. Saat-saat awal semua kelengkapan disediakan secara teratur. Dari makanan sehinggalah kepada barangan mandian. Namun, lama kelamaan apabila sudah semakin bosan, keperluan haiwan tersebut diabaikan. Ini merupakan satu kezaliman kepada haiwan tersebut.
Begitu juga dengan tumbuhan. Pada awal setiap hari tidak lupa untuk menyiramnya. Makin hari makin malas untuk menyiram. Pembajaan juga diabaikan. Alasannya, sibuk! Lama-kelamaan pokok itu akan semakin layu dan akan mati kerana ketiadaan air dan baja. Tiada lagi yang akan mendoakan untuk kita pada setiap hari.
Pengalaman aku dalam menjaga sepohon cili. Cili ini unik kerana bentuknya tidak seperti biasa. Ianya seperti buah ceri. Ramai yang bertanya aku kenapa bentuk cili aku lain daripada cili biasa? Aku hanya tersenyum. Ada lagi yang bertanya, boleh makan ke cili ini? Tapi yang paling membuatkan aku tersenyum sendiri adalah bekas teman serumahku. "Norma janganlah makan cili tu. Sayang tau. Cantik..." Dan setiap pagi kami akan bangun awal untuk menjadi orang pertama yang menyiram cili tersebut. (Kenangan yang selalu aku kenang setiap pagi semasa menyiram cili tersebut)
Sebulan lebih aku tinggalkan kepada Mak Cik kerana aku pulang ke pangkuan bonda dan ayahandaku. Sewaktu hantar pokoknya begitu subur sehinggakan ramai yang cemburu, buah kemerah-merahan yang begitu lebat. Tetapi keadaan itu tidak kekal sewaktu aku mengambilnya pulang. Buah tidak selebat dahulu, daun menjadi makanan ulat, ranting patah... Perasaaan aku? Terlalu sedih tapi aku masih lagi bersyukur kerana ianya tidak mati. Ini bermakna aku masih lagi mempunyai peluang untuk menjaganya seperti dahulu..
Setiap pagi dan petang aku akan menyiramnya, membuang daun yang rosak dan yang paling penting aku akan bercakap dengan dia setiap hari. Cukuplah hanya mengucapkan selamat pagi dan selamat malam!
Sejak aku membawa pulangnya ke rumah aku dapati ianya semakin subur. Daun yang sebelum ini kekuningan sudah mula kehijauan. Satu petanda yang baik! Mungkin juga sebab aku suka bercakap dengannya. Meluahkan masalahku kepadanya. Kerana pokok aku merupakan pendengar yang baik.
Lumrah alam. Apa yang ada tidak akan kekal. Yang hidup akan mati. Yang muda akan tua. Apa yang pasti suatu hari nanti aku akan kehilangan pokok ciliku. Ianya di antara dua, sama ada pokok itu mati sebelum aku tamat belajar atau pokok itu tidak mati dan aku sudah tamat belajar. Undang-undang yang tidak membenarkan tanah Sarawak keluar daripada negerinya.
Apa yang aku harapkan agar pokok kesayanganku tidak mati lagi kerana aku sangat-sangat perlukan ia! Aku perlukan ia untuk menjadi pendengarku.
Ya Allah....
Selamat malam semua, selamat malam kawan-kawan, selamat malam dunia, selamat malam pokok!!!
(Ku petik kata temanku,, "Sayang pokok lebih daripada diri sendiri, beli baja, siram, bercakap. Diri sendiri tak sampai macam tu..)
Thanks pada mak sebab bagi petua untuk elak ulat yang makan daun. Tak lupa juga pada adikku, Shahril yang selalu jadi penasihat (tu la hikmahnya hang belajaq pertanian..) dan kawan-kawan yang selalu bagi galakkan padaku!!!!!
Thanks everyone!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment