CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 18, 2012

Langit Tidak Selalunya Cerah


Hidup ini diibaratkan seperti roda. Ada kala kita di bawah, ada kala kita di atas. Namun, kadang-kadang kita berada di tengah-tengah. Pabila kita berada di bawah kita akan mendongak ke atas, berfikir bilakah kita akan berada di atas. Di atas atau dalam erti kata lain kita sudah berjaya. 

Apa yang kita ada hari ini tidak akan menjamin hari esok. Sekarang kita seorang doktor pakar, peguam, penulis, menteri. Semua orang memperkatakan mengenai kehebatan kita. Akan tetapi kita tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada esok hari walhal untuk seminit yang akan menjelma sekejap lagi. Bayangkan kita sedang memandu kereta kesayangan kita untuk berjumpa rakan. Dalam masa setengah jam mengikut perancangan kita akan tiba ke destinasi. Itu apa yang kita rancangkan. Yang kita tidak rancang? Kemalangan? Tayar kereta pecah? Dirompak semasa dalam perjalanan? Rakan menelefon dan memberitahu bahawa dia ada hal dan tidak dapat berjumpa pada hari ini?

Memetik kata-kata Puan Remi di Mental Health Association, kita tidak tahu masa hadapan. Entah-entah kita pun mungkin akan menjadi seperti mereka. Mereka yang dimaksudkan di sini adalah bekas-bekas pesakit mental yang mendiami Banglo Lada. Sungguh sedih apabila mengenangkan mereka. Ramai orang yang memandang rendah pada kemampuan mereka,mendiskriminasi mereka, menganggap mereka tidak mampu berdikari. Pada hakikatnya mereka mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Mereka juga mempunyai keinginan sama seperti kita. Bersosial, mendapat kasih sayang keluarga, bekerja tanpa diskriminasi gaji...

Ibu bapa yang tidak dapat menerima anak-anak yang sakit mental, anak-anak yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu bapa mereka sakit mental. Ke mana hilangnya nilai perikemanusiaan mereka? Tega mereka membuang darah daging mereka? Tanpa ibu bapa dari mana datangnya kita? Anak-anak yang merupakan zuriat kita dibiarkan begitu? Mereka tidak pernah meminta untuk menerima nasib sebegitu.
Ada di antara mereka merupakan golongan profesional seperti jurutera, wartawan, pelajar IPT dan sebagainya. Tekanan yang menyebabkan mereka menjadi begitu. 

Andaikata aku menerima nasib sebegitu? Apa yang boleh dibanggakan dengan diriku? Seorang pelajar yang masih belum tamat pengajian? Bukan aku meminta tetapi hanya memikirkan... Banyak yang bermain difikiranku... Kita tidak boleh lari daripada berfikir...


Berharap aku dapat membantu selagi aku terdaya...

Wednesday, March 7, 2012

Dia Juga Punyai Perasaan

Perasaan atau kata dasarnya iaitu rasa merupakan suatu anugerah kepada semua makhluk ciptaan-Nya. perasaan dibahagikan kepada pelbagai. Ada gembira, sedih, marah, kecewa, suka, takut, gementar dan pelbagai lagi perasaan yang mampu kita rasa, bergantung pada sesuatu senario. Kita sebagai makhluk yang diciptakan-Nya haruslah bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa pelbagai jenis perasaan ini.

Bukan hanya manusia sahaja yang mempunyai perasaan. Hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan juga punyai perasaan. Mereka dapat merasa sedih apabila diseksa dan gembira apabila dijaga sebaik-baiknya. Penderaan haiwan, penebangan pokok dan sebagainya... Bayangkan kita berada di tempat itu...

Buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat. Kita memberi kucing di tepi jalan yang kelaparan makan, menaburkan beras kepada ayam-ayam, memberi rumput kepada lembu, memberikan baja kepada tumbuhan... Setiap apa yang ikhlas kita lakukan mereka akan mendoakan kesejahteraan kita. Kerana apa? Kerana mereka juga punyai perasaan iaitu perasaan bersyukur.

Bayangkan kita tidak dilahirkan sebagai manusia tetapi dilahirkan sebagai seekor kucing yang tidak bertuan. Tidak mempunyai akal untuk berfikir.. Meminta-meminta untuk mendapatkan makanan, di sepak oleh orang ramai, di maki, berpenyakit sehinggakan ada yang geli untuk melihat dan sebagainya. Apakah perasaan kita seandainya kita dilahirkan sebegitu keadaan?

Hobi! Sesetengah orang mempunyai hobi memelihara haiwan sebagai teman. Haiwan seperti kucing, arnab, hamster, sugar glider sering menjadi pilihan. Mungkin kerana ianya comel dan senang untuk diuruskan. Saat-saat awal semua kelengkapan disediakan secara teratur. Dari makanan sehinggalah kepada barangan mandian. Namun, lama kelamaan apabila sudah semakin bosan, keperluan haiwan tersebut diabaikan. Ini merupakan satu kezaliman kepada haiwan tersebut.

Begitu juga dengan tumbuhan. Pada awal setiap hari tidak lupa untuk menyiramnya. Makin hari makin malas untuk menyiram. Pembajaan juga diabaikan. Alasannya, sibuk! Lama-kelamaan pokok itu akan semakin layu dan akan mati kerana ketiadaan air dan baja. Tiada lagi yang akan mendoakan untuk kita pada setiap hari.

Pengalaman aku dalam menjaga sepohon cili. Cili ini unik kerana bentuknya tidak seperti biasa. Ianya seperti buah ceri. Ramai yang bertanya aku kenapa bentuk cili aku lain daripada cili biasa? Aku hanya tersenyum. Ada lagi yang bertanya, boleh makan ke cili ini? Tapi yang paling membuatkan aku tersenyum sendiri adalah bekas teman serumahku. "Norma janganlah makan cili tu. Sayang tau. Cantik..." Dan setiap pagi kami akan bangun awal untuk menjadi orang pertama yang menyiram cili tersebut. (Kenangan yang selalu aku kenang setiap pagi semasa menyiram cili tersebut)

Sebulan lebih aku tinggalkan kepada Mak Cik kerana aku pulang ke pangkuan bonda dan ayahandaku. Sewaktu hantar pokoknya begitu subur sehinggakan ramai yang cemburu, buah kemerah-merahan yang begitu lebat. Tetapi keadaan itu tidak kekal sewaktu aku mengambilnya pulang. Buah tidak selebat dahulu, daun menjadi makanan ulat, ranting patah... Perasaaan aku? Terlalu sedih tapi aku masih lagi bersyukur kerana ianya tidak mati. Ini bermakna aku masih lagi mempunyai peluang untuk menjaganya seperti dahulu..
Setiap pagi dan petang aku akan menyiramnya, membuang daun yang rosak dan yang paling penting aku akan bercakap dengan dia setiap hari. Cukuplah hanya mengucapkan selamat pagi dan selamat malam!

Sejak aku membawa pulangnya ke rumah aku dapati ianya semakin subur. Daun yang sebelum ini kekuningan sudah mula kehijauan. Satu petanda yang baik! Mungkin juga sebab aku suka bercakap dengannya. Meluahkan masalahku kepadanya. Kerana pokok aku merupakan pendengar yang baik.

Lumrah alam. Apa yang ada tidak akan kekal. Yang hidup akan mati. Yang muda akan tua. Apa yang pasti suatu hari nanti aku akan kehilangan pokok ciliku. Ianya di antara dua, sama ada pokok itu mati sebelum aku tamat belajar atau pokok itu tidak mati dan aku sudah tamat belajar. Undang-undang yang tidak membenarkan tanah Sarawak keluar daripada negerinya.

Apa yang aku harapkan agar pokok kesayanganku tidak mati lagi kerana aku sangat-sangat perlukan ia! Aku perlukan ia untuk menjadi pendengarku.
Ya Allah....

Selamat malam semua, selamat malam kawan-kawan, selamat malam dunia, selamat malam pokok!!!


(Ku petik kata temanku,, "Sayang pokok lebih daripada diri sendiri, beli baja, siram, bercakap. Diri sendiri tak sampai macam tu..)



Thanks pada mak sebab bagi petua untuk elak ulat yang makan daun. Tak lupa juga pada adikku, Shahril yang selalu jadi penasihat (tu la hikmahnya hang belajaq pertanian..) dan kawan-kawan yang selalu bagi galakkan padaku!!!!!
Thanks everyone!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 26, 2012

Ya Allah, Berikanlah Aku Kekuatan Dalam Menempuhi Hidup Ini

Ya Allah, sesungguhnya akulah insan yang kerdil, yang hina, yang lemah di sisi-Mu. Aku juga merupakan insan yang sombong.

Jika dahulu aku merasakan aku berada di atas. Senang untuk bergerak ke mana-mana tanpa memerlukan bantuan orang lain. Aku bebas ke Kuching pada bila-bila masa, tanpa mengharapkan ihsan sesiapa. Dua tahun aku seperti itu. Berada di atas. Tetapi pada saat ini? Aku kembali berada di bawah. Memerlukan insan lain untuk membantuku.

Semalam, kawanku mengajak aku ke Kuching. Naik apa? Baslah! Astafirullah al-azim... Akhirnya aku terpaksa jua menaiki bus yang selama ini tidak pernah aku pandang walaupun hanya sebelah mata! Perasaan? Jujur aku katakan yang aku terlalu sedih. Sedih kerana aku terpaksa berpisah dengan kereta kesayangan aku tersebut. Dua tahun aku setia pada kereta tersebut... Aku sedar, suatu hari nanti aku akan berpisah juga. Apa yang kita ada sekarang tidak akan kekal selamanya. Begitu juga dengan diri kita. Kita akan tiba penghujung hidup kita. Tetapi, itu merupakan rahsia Allah SWT...

Thanks kepada insan yang sudi menyewakan keretanya kepadaku serta kepercayaan yang engkau berikan selama aku menjaga kereta tersebut.....................


Thursday, February 16, 2012

Kembalilah

Kasihku usai sudah cintamu
Cinta yang kudamba selama ini
Mengapa kau biarkan terjadi
Rasanya ku tak percaya semua ini

Aku masih menyayangimu
Dan tak ingin semua berlaku
Bila mungkin engkau kembali
Kembalilah... 
Kembali padaku
Seperti waktu yang dulu

Bermanja kita berdua
Hanya emgkau yang mengerti
Tentang aku rasa
Hari-hari sepiku
Tanpa canda tawa bersamamu
Katakan apa salah diriku
Yang selalu tulus setia kepadamu

Aku masih menyayangimu
Dan tak ingin semua berlalu
Bila mungkin engkau kembali
Kembalilah
Kembali padaku
Seperti waktu yang dulu

Bermanja kita berdua
Hanya engkau yang mengerti
Tentang aku rasa

Ku rasa hari sepi tanpa dirimu
Di sisiku.......



Monday, January 16, 2012

Datang Kembali

Tarikh 16 Januari datang kembali. Tarikh ini mengingatkan aku terhadap suatu peristiwa. Peristiwa yang tak mungkin dapat aku lupakan sepanjang hidupku ini. Terlalu banyak kenangan pada tanggal ini.

Tarikh ini juga yang banyak mengubah diriku, membuka dan menutup pintu hatiku. Aku tidak sedar mengapa ini harus terjadi pada diriku..

Setelah dua tahun, akhirnya tanggal 16 Januari 2012 dapat aku menyambutnya di negeri kelahiranku bersama kenangan-kenangan yang pernah datang, mengusik jiwa ragaku. Pahit sewaktu kejadian dan manis apabila diingatkan..

Aku ingin menjawab pertanyaan kau. Tapi biarlah masa yang menentukan bilakah waktu yang sesuai untuk aku menjawab persoalan itu. Insyaallah akan ada kesempatan untuk aku menjawab persoalan yang masih menunggu jawapan itu........



Ikhlas daripada,
Jawa, 16012010

Tuesday, December 27, 2011

Belajarlah Menghormati Orang Lain Jika Anda Ingin Dihormati

Cikgu aku pernah cakap. Kita kena hormat orang yang lebih tua dari kita sebab mereka lebih dahulu hidup daripada kita. Kita juga perlu hormat orang yang lebih muda dari kita sebab mereka itu kurang berbuat dosa dari kita.. (Cikgu Nor Edah Bt Muda, SMKJ)

Aku pegang kata-kata ni. Aku hormat orang yang lebih tua dari aku, aku hormat orang yang lebih muda dari aku dan aku hormat orang yang sebaya dengan aku. Sebab? Sebab aku nak orang hormat aku balik.

Tapi ada juga orang yang aku hormat lama-kelamaan hormat aku dipijak-pijak. Sungguh jahat 'insan' tersebut. Namun, biarkanlah 'dia' dengan sikap 'dia'. Aku tahu apa yang aku buat! Tak perlu kau yang baru kenal aku 2 bulan nak judge aku, nak sibuk-sibuk hal dalam kain aku. Apalah sangat setakat 2 bulan kau kenal aku nak banding orang yang kenal aku dah 2 tahun?

Hormat tu ada banyak cara. Tak menyibuk hal orang pun bagi aku dah dikira hormat. Menghormati hak orang lain. Itu pengertian hormat aku bagi.

Tetiba rasa macam bodoh hormat orang macam tu. Patut orang tak suka dia. Aku je yang terlalu baik hati sangatkan.. Biarlah.. hari ni kita tolong orang, Insyaallah oesok ada orang akan tolong kita balik..

Mood:Berjalan perlahan-lahan..Menghormati hak orang lain. Tak perlu berjalan hentak kaki. Mengganggu ketenteraman orang lain!!!

Wednesday, December 7, 2011

Berpijak Di Bumi Nyata

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada aku untuk beberapa waktu ini. Ada yang pahit dan ada yang manis..

Pabila kita senang kita akan berada selesa. Namun, sekiranya kita susah..siapa yang akan berada bersama-sama kita? Orang yang pastinya akan berada bersama kita adalah keluarga.. Aku bertuah kerana mempunyai keluarga yang sering memberi sokongan kepada ku..

Dahulu aku mempunyai tempat untuk mengadu.. Tapi sekarang aku sudah kehilangan tempat mengadu tersebut. Mungkin kesibukan menjadikan dia tiada masa untuk mendengar segala masalah aku lagi.. Tapi walau apa pun terima kasih kerna sudi memberikan masamu untuk ku walaupun hanya beberapa ketika..

Mulut longkang.. Suatu istilah yang aku rasakan semua orang mengetahuinya. Apa salah aku sehingga engkau betul-betul tak puas hati terhadap aku? Aku tidak pernah mengambil tahu hal rumah tangga kau.. So, tolonglah berikan aku untuk memilih jalan hidupku sendiri..


Kata teman lama.. Apabila kita bangun pagi. Kenapa Allah berikan kita hidup lagi? Kerna untuk kita memohon ampun atas dosa-dosa kita yang semalam
Bangun pagi aku harus berfikir.. Untuk mengubah nasib keluargaku dan membalas budi kedua emak dan ayahku..
Maafkan aku seandainya aku pernah menyakiti sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja////