Kata orang... Seandainya kita menyayangi seseorang, biarkan dia bahagia dengan orang yang mampu membahagiakan dia... Nescaya kita juga akan turut merasai kebahagiaan itu.. Kerna kita telah melihat orang yang kita sayang itu bahagia.. Walaupun hati kita sakit, pedih.. Biar kita sendiri menanggung kesedihan itu..
Sesungguhnya hatiku terlalu payah untuk menyayangi seseorang itu. Tetapi jika aku telah menyayangi orang itu, terlalu sukar pula untuk aku membuang rasa sayangku kepadanya.. Walaupun dia tidak pernah memberikan aku secebis kecil ruang di hatinya untuk aku memasukinya...
Aku pasrah... Pasrah terhadap takdir yang telah ditentukan kepadaku... Mungkin ada hikmah kenapa aku dipertemukan dengan dia.. Hikmah yang masih belum diketahui..
Sesungguhnya mengenalimu memberiku banyak pengajaran.. Pengajaran di atas masa silamku.. Masa silam yang ingin aku lupakan.. Engkaulah insan pertama yang mengetahui rahsia hidupku.......... Terima kasih kerna menjadi pendengarku yang baik dan aku berharap agar kau dapat menyimpannya.. Sesungguhnya aku amat menpercayai kau..
Mengenali engkau juga telah mengajarkan aku erti marah, cemburu, rindu, sayang, cinta.. Gabungan perasaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini dengan mana-mana insan bernama lelaki..
Terima kasih kerana sudi memberikan aku 1001 perasaan ketika bersamamu walaupun ianya hanyalah seketika cuma..
Aku yang merindukan dirimu....
Jawa.....
No comments:
Post a Comment