Bersyukur kepada Allah SWT kerna aku dilahirkan sebagai anak kepada kedua ibu bapaku.. Anak yang lahir drpd ikatan perkahwinan yang sah di antara kedua orang tua ku..
Ini hanyalah pendapat aku..
Masalah sosial yang sering kedengaran di telinga kita saban hari adalah isu pembuangan bayi.. Pelbagai cara ibu bapa yang tidak bertanggungjawap ini lakukan untuk membuang zuriat mereka seperti membuang di tempat longgokan sampah, membuang di lubang tandas, meletakkan di tepi jalan sehinggakan bayi tersebut di lenyek oleh tayar kereta, ada juga mungkin sedikat berperikemanusiaan seperti meninggalkan bayi di rumah orang atau masjid. Itu adalah yang dipaparkan di TV. Bagaimana pula dgn yg tidak dilaporkan di tv?
Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci walaupun mereka dilahirkan di luar ikatan perkahwinan. Mereka tidak seharusnya diperlakukan sedemikian rupa. Mereka tidak bersalah! Yang bersalah adalah kedua-dua pasangan yang melakukannya. Cubalah anda meletakkan diri anda di tempat bayi2 yang tak bersalah tersebut. Dilahirkan dengan sempurna sifat, tiada cacat celah tetapi dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya, nyamuk menggigit di keseluruhan badan, menangis kesejukan.. Apakah perasaan anda??
Kebanyakkan pasangan yang terlanjur ini adalah terdiri daripada student, tidak kiralah pelajar sekolah mahupun pelajar IPT.. Bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan, mengamalkan kehidupan bebas, sifat ini mencuba,..Aku tak nak mengulas lebih hal ini....
Masalah pembuangan bayi ini kerap berlaku pada masa2 tertentu. Antara masa yg selalu adalah pada bulan Mei, ini adalah ank yg dibuat pada mlm merdeka, Oktober, anak semasa countdown new year.. Muda mudi berpesta sehingga melupakan batas2 yang sepatutnya..
Kadang kala aku meletakkan diri aku di tempat wanita yang membuang bayi mereka. Mereka mungkin akn memikirkan malu untuk berdepan dengan keluarga, masyarakat, di hina. diejek dan sebagainya.. Ini hanyalah di dunia. Bagaimana pula di akhirat nanti? Wanita serin g dipersalah kn. Tetapi perkara ini tidak akn berlaku jika hnya terdapat wanita. Sama2 seronok. sama2 la tanggung akibatnya!
Itu adalah apa yang aku terfikir kerna aku hanya meletakkan diri aku di tempat mereka. Kita hnya akn betul2 memahami sesuatu apabila berada di sesuatu tempat tersebut!
Kenapa isu pembuangan bayi ini byk berlaku di negara kita berbanding di negara barat. BAgi aku, negara barat menerima dan mengiktiraf ank luar nikah ini. Tetapi negara kita tidak mengiktirafnya. Bayangkan untuk memasuki tadika memerlukan sijil perkahwinan ibu bapa, dengan alasan dikhuatiri bdk tersebut ank luar nikah. Itu tidak termasuk soal lain lagi. Anak luar nikah ini seolah2 di anaktirikan.. Jika ibu bapa yang melakukan perkara tersebut menjaga ank mereka bagaimana dengan nasib ank tersebut. Dicemuh, dicaci tak perlu diungkapkan, bagaimana dgn masa depan mereka? Anak2 yg tidak berdosa..
Bukan mksud aku untuk mempertikaikan soal agama dan undang2 negara. Dalam Islam sendiri pun ada mengatakan cukuplah dengan berdosa melakukan zina, jangan melakukan dosa membunuh pula. Peliharalah anak yang tidak berdosa tersebut. Jika mereka memelihara ank luar nikah masyarakat pula akn mencemuh. Bagi aku ini lebih elok drpd mereka membunuh ank yg tidak berdosa tersebut.
Ini adalah pandangan aku semata-mata.. Rasanya aku tidak sesuai untuk bersuara lebih2.. Dalam hal ini aku hnya bercakap sbg seorang pelajar kajian khidmat sosial. Apa yang aku pelajari dlm kelas.
Kadang2 apa yg aku pelajari tdk sama dgn apa yg aku lakukan.. HAnya aku yg mengenali siapa diriku!!
Berharap agar slps ini berkuranglah berita2 seperti ini.. Utk berharap tiada langsung berita seumpama ini adalah mustahil.. Berdoa juga agar aku melalui jalan yg lurus, jalan sebagai seorang muslima yang mempunyai iman di dada..
Sekian,
Assalamualaikum.........................


No comments:
Post a Comment