Sesungguhnya peribahasa ni aku mula kenal waktu sekolah rendah lagi.. Kalo orang kedah cakap time "kanyiaq" ka-nyiaq.. BAgi orang2 yang tak paham loghat utara, perkataan tu bermaksud mentah. Senang cerita sewaktu aku masih lg budak2.. Aku blajar perkataan ni pun time f4 or f5 dr kawan aku. Telur kanyiaq.. Atlet2 sekolah aku kena mkn telur ayam mentah.. takde kena ngn sape2 k..
Ok.. Berbalik kita pada tujuan asal.. Dalam bahasa Melayu peribahasa ni bermaksud jangan menilai sesuatu daripada luarannya..
Sikap kita,, selalu menilai orang lain dgn apa yg kita nampak, secara zahir sahaja. TApi hakikat yang sebenar kita tak tahu.. Bila tgk orang guna kereta BMW, apa yang bermain di fikiran? Mesti dia ni kaya sebab boleh naik kereta mewah. Bukan calang2 orang boleh drive kereta macam tu. YAng betulnya? Silap2 haribulan hutang keliling pinggang sebab nak bayar kereta tu.. Bila tengok orang kerja jual makanan tepi jalan? Berapa sen la sgt dia tu boleh dapat? Yang betul pulak? Satu hari je ntah 300 da masuk dlm poket orang tu..
Macam mana aku blh guna peribahasa ni.. Meh aku nak citer bagi..
Aku betul2 paham peribahasa ni time aku exam SPM. TAk silap aku aritu hari sabtu. Aku keluar breakfast dengan kawan2 aku dekat medan selera jitra..ala yg dekat stesen bus tu. Orang2 yg selalu p jitra mesti tau kan? Time tu macam biasala, kami ni budak2 ASMEJ (ASrama sekolah MEnengah Jitra).. Nama breakfast tapi makan nasik campur, lauk ayam, ikan, macam lunch da pun. JAm pun dalam pukul 9 or 10 pagi da..
Tengah2 sedap menikmati makanan, aku terpandang dekat seorang orang tua ni. Sedih tengok dia makan. Roti canai kosong jer. Sorang2 pulak tu. Aku yang perasan dulu. Aku pun bagitau la kwn2 aku. KAmi yang time tu tengah best2 makan jadi simpati kepada orang tua tu. Aku ni hanya boleh memandang je. Nak tolong aku pun xmampu kan. BAnyak mana la sangat duit yang ada dlm poket seorang bdk sekolah?
Tiba2 aku tengok tempat tu da kosong. Orang tua tu p mana? Aku pun tengok la dekat kedai roti canai sebelah tu. Rupa2nya orang tua tu owner kedai roti canai tu.. Dia tengah buat roti canai kt customer dia. Lorh... Aku ni simpati tak bertempat ke?
Itulah citernya macam mana aku blh pegang peribahasa ni. Walaupun rasanya da 4 thn lebih kejadian ni, namun aku masih ingt lagi.. Antara kenangan aku kt SMJ gak la tu..
Moral of the story, jangan sesekali kita menilai seseorang tu dengan apa yang kita nampak. Kenali peribadi seseorang itu barulah kita boleh menilai diri seseorang itu..........


No comments:
Post a Comment