Hidup kita di dunia ini perlu bergaul dgn orang ramai. Kita perlu menghormati orang lain selain daripada diri kita.. Orang yang perlu kita hormati sgt2 adalah ibu bapa, kaum keluarga, guru2, sahabat, orang yg pernah berjasa dlm hidup kita, orang yang lebih tua dan orang2 yg selayaknya untuk dihormati..
Dalam kita menghormati orang lain, kadang2 kita tidak mendapat balasan yang sama..
Kita adalah adik beradik! Apa yang membezakan kita adalah kita di lahirkan drpd ibu yang berlainan,, tapi kita berkongsi bapa kandung yang sama!
Aku tak mengharapakan kau menghormati aku sbg kakakmu tp tolonglah hormati ibuku seperti mana aku menghormati ibu kau! Hormatilah adik aku yang sanggup keluar mlm semata-mata utk bank in duit kpd ko! Kau lupa akan semua tu! Jasa orang perlu kita kenang..
Aku hormat ibu kau. Kalau aku tak hormat dia, da lama aku maki mak kau! Aku ingt lagi apa yg telah korang buat suatu ketika dulu!
Hormatlah adik aku yang selalu tolong kau! Kalau ko tak boleh nak hormat cukuplah jgn menengking! Kau ingt aku dgn adik aku ni xda perasaan? Aku tau ko dengki dgn aku sbb tiap kali ko nk amek keta ayah akn suruh aku keluar. Keluarlah ke mana yg aku suka asalkan kau x boleh amek keta. Kau lebih pentingkan orang luar drpd ahli keluarga ko sendiri! Ko pentingkan awek ko! Sedarlah tu hanyalah awek ko, bukannya confirm akan jd bini ko suatu hari nanti!
Aku menghormati mak dan ayahku yang sanggup berkorban untuk diriku, yang sentiasa berada di sisiku
Aku menghormati adik2ku sebagaimana adik2ku menghormati aku sbg kakak mereka
Aku menghormati guru2ku yg telah memberikan ilmu kpdku
Aku menghormati kawan2ku yang sentiasa memberikan teguran kpdku
Aku menghormati orang yang lebih tua drpdku
Aku menghormati orang2 yang berada disekelilingku,, kerna tanpa orang2 disekelilingku aku tidak akn menjadi aku seperti sekarang ini!
Cikgu aku pernah berpesan,,
Hormatilah orang yg lebih tua drpd kita kerna mereka lebih banyak pengalaman hidup daripada kita
Hormatilah orang yang lebih muda drpd kita kerna mereka kurang dosa berbanding kita
Akhir kata,
Dalam kita menjalani hidup sebagai manusia kita haruslah menghormati insan yang berada di sekeliling kita sekiranya kita mahu dihormati..
Buat baik di balas baik,, buat jahat di balas jahat...


No comments:
Post a Comment