CeriTa AkU

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Tips Untuk Menulis...

1. Tujuan anda menulis ialah untuk orang lain faham.
Sila ulang ayat ini 10x sebelum anda menulis: “Saya tulis supaya orang lain faham”. Kalau orang lain tak faham, baik campak dalam tong sampah. Tak guna menulis kalau yang faham cuma si penulis dan 2 orang pembaca sahaja.
Jangan guna alasan, saya menulis ni untuk diri saya, tak apalah kalau orang lain tak faham. Ini alasan yang salah. Kalau anda menulis untuk diri anda dan bukan untuk dibaca dan difahami oleh orang lain, cukup dengan tulis diari sahaja. Tak perlu tulis blog atau artikel suratkhabar. Dan, kalau anda menulis tapi susah orang nak faham, anda telah membuang masa dan tenaga pembaca-pembaca anda.
Ramai orang yang menulis dengan niat nak menunjuk pandai, menunjukkan fikiran yang sofistikated (kononnya) dan menunjukkan kebolehan menempek-nempek perkataan yang bombastik dan stylistik supaya kononnya pembaca menjadi kagum. Bila saya baca perkataan bombastik seperti “artikulasi”, “luwes”, “mapan” dsb. saya rasa nak termuntah. Apa lah salah guna perkataan biasa. Tahu lah ada degree sastera.

2. Gunakan BM pasar
Bahasa baku tidak sesuai digunakan untuk wacana awam. Lainlah kalau anda nak membentangkan kertas kerja di DBP. Untuk kegunaan awam, guna bahasa yang biasa dan conversational. Anggap kita sedang berbual dengan pembaca kita. Jangan anggap kita professor sastera dan pembaca kita pelajar tahun pertama dan kita mahu mengelirukan pembaca supaya kononnya kita akan nampak “hebat”.
Dalam penulisan BM, anda juga boleh menyelitkan perkataan-perkataan bahasa lain, contohnya bahasa england atau bahasa arab. Tak salah pun. Cuma jangan melebih-lebih nanti meluat orang nak baca, al-maklumlah ente si penulis ni kan sofistikated (guna bahasa england) dan juga alim (guna bahasa arab). Nak guna perkataan2 pinjaman tak salah tapi kena berpada2. Jangan terlalu pretentious (hoorey saya pandai bahasa england!) sehingga dalam artikel BM anda ingin menyelitkan istilah2 French, German dan Latin. Yang ni mmg saja nak kasi aku termuntah.

3. Tak perlu lah tatabahasa / grammar yang sempurna
Ada orang bagitau saya, sekarang DBP ada keluarkan rules yang baru: mana-mana perkataan yang ingin dipluralkan, perlu diulang tapi tak perlu letakkan hyphen di antara perkataan itu. Contoh, jika ada tiga ekor lembu (plural) maka cara yang betul menurut sistem DBP terkini ialah “lembu lembu”, bukan “lembu-lembu”. Sama ada betul atau tidak, entahlah kena tanya orang yang bagitau kat saya.
My point is (cakap england lagi, hebatkan saya), kalau anda menulis, tak perlu lah sampai grammar anda sempurna tapi dengar nya kekok. Ini kerana hukum grammar baku itu adalah buatan manusia, sedangkan “bahasa pasar” adalah sesuatu yang berkembang dalam masyarakat secara spontan. Sebab itu tak ada orang yang bercakap dalam bahasa baku.
Kalau bukan tulis dalam suratkhabar, tak ada siapa kisah pasal grammar atau typo. Relax.

4. Tolong jangan gunakan perkataan bombastik dan terlalu tinggi sampai orang tak faham.
Ini lah cara paling mudah menjadikan orang meluat dengan penulisan anda.

5. Tak perlu cari “quote” daripada orang-orang terkenal dan konsep-konsep yang sofistikated dan tak relevan semata-mata untuk mengabui mata pembaca.
Ini juga menjadikan orang meluat. Contoh paling simple ialah Anwar Ibrahim. Kalau dia ni tulis, sikit2 nak quote Gandhi, lepas tu quote Shakespeare, lepas tu 2-3 ayat quote Sun tzu, lepas tu next paragraph quote Jamaludin Al-afghani pulak, lepas tu next page quote pulak Adam Smith, lepas tu quote Jose Rizal, bila habis tu quote Jefferson pulak. Kekeke dah la quote2 tu semua general dan tak relevan sangat pun dengan topik (bukan quote sebagai academic reference), saje je nak pandering to the crowds. Siapa fanatik DSAI jangan marah saya okey, cuba baca buku2 brader Anwar, contohnya “Asian Renaissance”. Buku tu penuh dengan quote yang bertempek2, low in actual substance.

6. Gunakan perkataan yang mudah, ayat yang pendek, dan perenggan yang banyak
Jangan jadikan penulisan anda sarat dengan run-on sentences, perkataan-perkataan yang bombastik, dan perenggan-perenggan yang panjang (wall of text). Ini adalah musuh pembaca. Jadikan penulisan anda sedap dibaca dan mudah dihadam dengan menggunakan ayat pendek, perkataan mudah, dan banyakkan perenggan.
Kadangkala untuk menyenangkan pembaca anda, anda boleh drop imbuhan daripada perkataan-perkataan anda. Sesetangah perkataan menjadi lebih tajam/candid apabila imbuhan (me-, pe-, ber-, etc. ) dibuang.

7. Gunakan peribahasa dan simpulan bahasa, tapi berpada-pada
Seperti saya katakan awal tadi, BM adalah bahasa yang mudah, sedap didengar dan ditutur dan dibaca, dan cantik. Kemuncak keindahan bahasa Melayu ialah peribahasa dan simpulan bahasa (idioms) yang diwarisi dari nenek moyang.
Perkataan di dalam BM mempunyai strong quality dan dapat menimbulkan mental image yang jelas. Sebagai contoh (ini contoh tak elok), cuba lihat perkataan-perkataan lucah dalam BM — pantat, puki, kote, pundek — kesemua perkataan ini mempunyai bunyi yang “kotor” dan mental image yang jelas. BM ini mempunyai kualiti expessive yang jarang didapati dalam bahasa lain. Dalam bahasa lain, swear word mereka pun, macam perkataan biasa sahaja. Tak ada bunyi macam swear word. Tak ada expressiveness. Kekekeeke

8. Tulis dalam nada suara anda (your own voice)
Anda tidak akan berjaya menjadi penulis yang baik jika anda berpura-pura. Setiap orang mempunyai voice sendiri sebagai penulis, dan orang yang banyak membaca penulisan anda dapat mengesan voice anda dalam sesuatu penulisan itu. Sebab itu lah kita boleh kenal sama ada yang tulis suatu artikel itu siapa gerangannya, kalau kita dah banyak baca penulisan orang tersebut.
Jangan cuba menghalang voice anda atau menulis dengan voice orang lain. Ini menjadikan penulisan anda kaku. Penulisan yang baik mesti datang daripada hati dan pemikiran yang jujur. Orang yang tidak jujur terhadap pemikiran dan perasaannya, tidak boleh menulis dengan baik. Orang itu akan jadi penulis yang pretentious.

9. Tulis dengan straightforward / terus terang
Ini adalah ulangan daripada tips2 yang sebelum ini, tapi takpe, saya nak ulang lagi supaya anda faham. Penulisan yang baik mestilah straight forward, tidak banyak berselindung, bermadah, bercengkerama, berpantun dan bersilat. Dont beat around the bushes. Terus kepada point anda dan ulang point anda berkali kali sehingga point tersebut berjaya digerudi ke dalam otak pembaca anda.
Pastikan penulisan anda fokus — cuma ada 1-2 main point sahaja. Jangan menulis berterabur sehingga tidak jelas apa point yang nak disampaikan. Kadang-kadang kita syok cerita berjela-jela tapi pembaca kita sesat dan gagal menggapai apa point yang kita mahu sampaikan. Oleh itu, stick to 1-2 main points, and repeat, repeat, repeat. Repetition is the key to good writing. I repeat, repetition is the key to good writing. I repeat, don’t talk shit (cuba teka siapa cakap ni?)



Tu suma aku copy paste aje tu..
Sbg panduan kt aku ngn sesapa yg nk menulis..
Aku sndr pn kena blajar menulis blik..
Sbb kdg2 apa yg aku mengarut kt cn ak sndr pn x phm..
Kuangkuangkuang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gudluck in ur wrinting k!!!!!

No comments:

Post a Comment